Kemalangan Perlanggaran pertengahan udara Überlingen 2002


Dua kapal terbang itu terbang pada aras penerbangan 360 (jangkaan 36,000 kaki (11,000 m) di atas aras Mean Sea) pada risiko pelanggaran. Di German, ruang udara dikawal dari Zürich, Switzerland oleh syarikat pengawal trafik udara Swiss Skyguide.Pengawal trafik udara yang bertugas, Peter Nielsen, yang bekerja di dua tempat kerja pada masa yang sama dan tidak menyedari bahaya yang akan menimpa kedua-dua kapal terbang itu sehingga kurang seminit sebelum pelanggaran. Pada masa beliau menghubungi Penerbangan 2937, mengarahkan juruterbang untuk turun sebanyak sepuluh ribu kaki untuk mengelak pelanggaran dengan trafik yang melintas (Penerbangan 611). Beberapa saat selepas krew Rusia melakukan punurunan, walaubagaimanapun, Sistem Mengelak Pelanggaran Trafik (TCAS)]]) mereka mengarahkan mereka untuk mendaki, manakala pada masa yang sama TCAS pada Penerbangan DHL 611 mengarahkan juruterbang kapal terbang itu itu untuk turun. Sekiranya kedua-dua kapal terbang itu mengikut arahan TCAS, pelanggaran itu tidak akan berlaku.[BFU 1]

Juruterbang DHL 611 di jet Boeing segera mengikut arahan TCAS dan melakukan penurunan, tetapi mereka tidak memaklumkan dengan segera kepada pengawal yang mereka mempunyai perhitungan dengan Penerbangan 2937. Lapan saat sebelum pelanggaran, kadar penurunan Penerbangan DHL 611 adalah 2,400 feet per minute (12 m/s), tidak selaju julat 2,500 hingga 3,000 ft/min (13 hingga 15 m/s) yang dinasihatkan oleh TCAS. Juruterbang Rusia di Tupelov tidak mengendahkan arahan TCAS untuk mendaki dan mula melakukan penurunan, sebagaimana yang diarahkan oleh pengawal, dan kedua-dua kapal terbang itu serentak turun.[BFU 1]

Tidak menyedari amaran yang ditimbulkan oleh TCAS, Nielsen mengulangi arahannya kepada Penerbangan 2937 untuk turun, memberi maklumat yang salah kepada krew Tupelov tentang kedudukan kapal terbang DHL. Kerja penyelenggaraan telah memberi kesan kepada sistem radar utama, yang bermakna pengawal terpaksa menggunakan sistem yang lebih perlahan.[BFU 1]

Kedua-dua kapal terbang itu berlanggar pada sudut tepat di altitud 34,890 kaki (10,630 m), dengan penstabil melintang Boeing membelah fiuslaj Penerbangan 2937 yang berdekatan dengan sayap Tupelov. Tupelov telah meletup dan berpecah menjadi beberapa keping, berterbangan di kawasan setempat. Bahagia depan kapal terbang itu jatuh menegak dan ekor yang di mana terletaknya enjin, naik ke atas dan kemudiannya jatuh. Kapal terbang Boeing yang kehilangan 80% daripada struktur penstabil melintangnya, menjunam sejauh tujuh kilometer (empat batu) sebelum terhempas ke kawasan berhutan berdekatan dengan kampung Taisersdorf pada sudut jatuh 70 darjah. Setiap enjin berpecah sejauh beberapa ratus meter dari saki-baki utama dan ekor kapal terbang yang terpisah dari fiuslaj itu jatuh ke pokok sebelum impak. Kesemua 69 orang di dalam Tupelov dan dua orang di dalam Boeing terkorban.[BFU 1]

Rujukan

WikiPedia: Perlanggaran pertengahan udara Überlingen 2002 http://archives.cnn.com/2002/WORLD/europe/07/02/ru... //scholar.google.com/scholar?q=%22Perlanggaran+per... //www.google.com/search?&q=%22Perlanggaran+perteng... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Perla... //www.google.com/search?q=%22Perlanggaran+pertenga... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Perlanggara... http://www.nsnews.com/issues02/w070102/071302/news... http://russiajournal.com/archive/The_Russia_Journa... http://news.scotsman.com/topics.cfm?tid=455&id=214... http://www.planespotters.net/Production_List/Boein...